Lulus ujian psikometrik dengan 7 tips berikut :
Soalan ini sebenarnya dirangka oleh pakar psikologi yang bakal menentukan kebenaran jawapan anda. Anda tidak perlu menjadi hipokrit, hanya sembunyikan keburukan anda. Pilih untuk mengeluarkan kualiti baik anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri anda.
Â
Tips 1 : Menjawab soalan dengan pantas sekurangnya 9.41 saat untuk 1 soalan
Kami sertakan soalan-soalan dan jawapan untuk anda buat latihan pantas dan asah pengetahuan yang sedia ada. Kami yakin, soalan yang mudah bukanlah menjadi masalah besar bagi calon ujian psikometrik SPA. Anda hanya perlu keluarkan balik pengetahuan tersebut untuk terus lulus dan berjaya.
Apa yang menjadi masalah besar calon gagal dalam ialah :
Mengambil masa yang lama untuk setiap soalan
Menjawab dengan tekaan yang tidak logik
Tidak membaca soalan dengan betul
Tidak cukup masa untuk menjawab soalan
Â
Tips 2 : Berfikiran positif untuk menjawab soalan
Kepada calon ujian psikometrik SPA hendaklah bersikap positif. Ia amat penting kerana ia mengambarkan bagaimana cara anda bekerja didalam sektor kerajaan kelak. Jika ini ada dalam pemikiran calon, mereka akan meningkatkan peratus untuk lulus dalam ujian psikometrik ini. Dengan mengikuti pelajaran sepenuh masa dan sentiasa ingin belajar untuk mengulangkaji. Mereka mempunyai kemahiran belajar mendengar, menyiasat, berfikir dan bercakap yang baik. Perancangan untuk menghadapi peperiksaan kerap kali menjadi keutamaan.
Berfikiran positif difikirkan terlebih dahulu, bukan datang secara tiba-tiba. Sikap positif akan membawa mereka bercampur dengan rakan-rakan yang sentiasa berfikiran positif juga. Sikap positif jika dibawa dalam alam pekerjaan akan menghasilkan sesuatu yang sangat berfaedah.Ia tidak menjamin bahawa anda akan lulus dalam peperiksaan, namun sekurang-kurangnya membentuk peribadi anda.
Â
Tips 3. Jauhi berpewatakan negatif
Peringkat seterusnya untuk memasuki sektor Kerajaan perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan. Oleh demikian, ujian psikometrik ini diwujudkan. Calon yang layak Sahaja akan berjaya ke peringkat temuduga. Seorang pekerja yang mempunyai ketegangan cenderung mempunyai sifat cepat marah, gementar mudah cemas dan bimbang, enggan bekerjasama, tidak dapat mengawal perasaan, bertindak ganas meminum arak dan merokok berlebihan. Semua ini perlu dielak sebagai seorang pekerja yang baik.
Â
Tips 4. Tidak berlaku hipokrit
Ujian ini dapat menilai peribadi sebenar anda. Sebagai contoh ujian psikometrik ini boleh memerangkap anda berdasarkan ciri sebenar hipokrit yang ada dalam diri anda. Walaupun anda berusaha berfikiran seorang yang jujur.
Sebagai contoh anda berusaha untuk membantu orang dan pandangan orang lain :
Saya rasakan tidak perlu membantu orang lain.
Saya sentiasa pastikan tindakan saya betul biar orang lain mengatakan salah kerana saya mempunyai asas terhadap apa yang saya lakukan.
Apabila orang lain memberikan pandangan, saya akan utamakan idea saya.
Hasil mesyuarat kurang berkualiti daripada cerakin data sendiri.
Saya tidak suka pandangan saya ditolak.
Mengetahui kelebihan dan kekurangan sendiri
Perwatakan sebenar anda boleh diukur melalui jumlah markah ujian psikometrik ini.
Â
Tips 5 : Sentiasa berpewatakan konsisten semasa menjawab soalan
Akibat kekangan masa, ada calon yang tidak sempat menjawab semua soalan sebelum masa tamat. Apabila masa hampir tamat, ada calon yang menjawab soalan secara sambil lewa sahaja.
Akibatnya ada jawapan mereka itu tidak konsisten dengan jawapan yang sebelumnya.
Ini antara sebab kenapa anda perlu siap menjawab soalan ujian psikometrik anda sebelum masa tamat. Jawapan anda nanti lebih konsisten dan anda mempunyai masa untuk menyemak jawapan.
Nak biasakan diri supaya menjawab soalan secara konsisten :
1. Anda perlu buat latih tubi jawab soalan psikometrik.
2. Anda boleh cari banyak soalan yang dikongsikan di internet.
Â
Tips 6 : Jangan tinggal soalan tanpa jawapan
Tip penting semasa menjawab:
1.Tinggalkan soalan yang tidak dapat difahami/susah soalan tersebut sebagai penanda dan bagi memudahkan anda untuk kembali semula kepada soalan tersebut
2.Jawab soalan yang boleh dijawab dahulu/senang (langkah ini dapat jimatkan masa calon)
3.Kembali semula ke soalan-soalan yang belum dijawab
4.Setiap kali timbul keraguan maka bertenanglah, Insyaallah ada jalan terbaik.
Â
Pesanan Penting:
1.Sentiasa peka dengan MASA
2.Pastikan manfaatkan masa yang diperuntukkan (jangan tinggal sesaat pun)
Â
Tips 7 : Perlu menjawab dengan jujur berdasarkan diri sendiri
Sekiranya anda tidak tahu jawapan kepada soalan, jangan berpura-pura
anda lakukan. Perkara yang paling penting adalah jujur dan ikhlas.
Soalan ini sebenarnya dirangka oleh pakar psikologi yang bakal menentukan kebenaran jawapan anda.
Â
Kami ada sediakan 147 Soalan Ujian Psikometrik Versi Terkini 2020 yang telah dikemaskini.Â
Anda boleh menjawab melalui laman web kami dengan sistem online exam.
Klik pada butang di bawah sekarang untuk mendapatkan AKSES 147 Soalan Tersebut.
Akses akan ditutup dalam tempoh 25 Februari 2020 Tepat Pada Jam 11.59 PAGI