Kerjaya atau pekerjaan merupakan sesuatu yang amat penting dalam kehidupan manusia. Melalui pekerjaan manusia mendapat rezeki untuk menyara hidupnya, memberi nafkah kepada orang yang berada di bawah tanggungannya serta berbakti kepada masyarakat.
Mengikut Kamus Dewan Bahasa (1996) kerjaya adalah sebagai satu perjalanan atau kemajuan seseorang dalam sesuatu lapangan kehidupan yang dijadikan bidang profesion atau pekerjaan pilihan sebagai satu cara mencari nafkah.
Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa ianya merupakan satu perbuatan yang dilakukan secara berterusan untuk menghasilkan pendapatan bagi menanggung keperluan hidup seharian.
Definisi Beberapa Istilah Kerjaya
Tolbert (1994) mendefinisikan pekerjaan sebagai satu rangkaian pekerjaan yang melibatkan diri seseorang individu.Sesetengah individu mungkin akan kekal dengan satu pekerjaan sahaja sepanjang hidupnya sementara individu yang lain mungkin akan bertukar-tukar pekerjaan.
Ivey dan Morril (1968) merumuskan bahawa proses kerjaya merupakan satu proses yang berterusan dengan seseorang itu melibatkan diri dalam siri tugas perkembangan yang perlu bagi perkembangan peribadi dalam dunia pekerjaan.
Kerjaya menurut Super (1957,1972) pula merangkumi persediaan-persediaan yang dilakukan oleh seseorang individu sebelum bekerja dan juga peranan-peranan lain yang dilakukan oleh seseorang individu sebelum bekerja dan juga peranan-peranan lain yang dilakukan olehnya selepas bersara.
Super (1957,1971,1972) juga menjelaskan bahawa kerjaya ialah satu siri keadaan yang berlaku secara berturutan dalam kehidupan seseorang yang berkaitan dengan pemilihan pekerjaan, peranan yang dimainkan serta status seseorang itu sepanjang kehidupannya.
Kesimpulan
Daripada beberapa definisi yang telah dikemukakan di atas dapatlah dibuat kesimpulan bahawa pekerjaan termasuklah segala persediaan sebelum seseorang itu menceburkan diri dalam dunia pekerjaan sebenar dan juga peranan-peranan lain yang dilakukan olehnya selepas bersara.
Kerjaya juga merangkumi pemilihan sesuatu pekerjaan, melaksanakan tugas yang diamanahkan dan menjalankan aktiviti-aktiviti selepas bersara bertujuan memenuhi keperluan fizikal, mental, rohani dan psikologi individu.
Dapatkan tips-tips serta set soalan SPA terkini di laman web soalanspa.com. Kami berusaha sedaya upaya untuk memudahkan anda khususnya mereka yang bakal menjawab peperiksaan SPA dalam masa terdekat.
Semoga anda dapat menjawab soalan peperiksaan SPA dengan keadaan yang bersedia!