- – Kumpulan Pengurusan dan Profesional,
- – Kumpulan Perkhidmatan Sokongan I,
- – Kumpulan Perkhidmatan Sokongan II,
- – Kumpulan Perkhidmatan Sokongan III.
Kumpulan Pengurusan dan Profesional
Pada masa ini, terdapat 91 skim yang diwujudkan di dalam kategori perkhidmatan ini.
Contoh jawatan: Pegawai Kewangan Gred W41, Jurubahasa Serentak Gred N41, Jurugeospatial Gred J41, Akauntan Gred W41, Pegawai Penerangan S41, Pegawai Tadbir dan Diplomatik M44 dan lain-lain.
Kumpulan Perkhidmatan Sokongan I
Pada masa ini, terdapat 79 skim yang diwujudkan di dalam kategori perkhidmatan ini.
Contoh jawatan: Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E29, Penolong Pegawai Geosains Gred C29, Penolong Pegawai Hidupan Liar Gred G29, Penolong Akauntan Gred W29, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 dan lain-lain.
Kumpulan Perkhidmatan Sokongan II
Pada masa ini, terdapat 80 skim yang diwujudkan di dalam kategori perkhidmatan ini.
Contoh jawatan: Juruaudio Visual Gred N19, Juruteknik Perubatan Gred U19, Merinyu Tali Air Gred J19, Pegawai Bomba Gred KB19, Pembantu Akauntan Gred W19, Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 dan lain-lain.
Kumpulan Perkhidmatan Sokongan III
Pada masa ini, terdapat 32 skim yang diwujudkan di dalam kategori perkhidmatan ini.
Contoh jawatan: Penghantar Notis Gred N11, Pengawal Keselamatan Gred KP11, Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11, Pembantu Operasi Gred N11 dan lain-lain.
Pengredan mengikut skim dalam sektor awam
Untuk lebih jelas, begini: skim jawatan Pegawai Teknologi Maklumat F41, skim jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 dan Juruteknik Komputer FT17.
Senarai skim sektor awam
- A – Pengangkutan
- B – Bakat dan Seni
- C – Sains
- D – Pendidikan
- E – Ekonomi
- F – Teknologi Maklumat
- G – Pertanian
- J – Kejuruteraan
- K – Keselamatan
- L – Perundangan
- M – Tadbir dan Diplomatik
- N – Tadbir dan Sokongan
- P – Pencegahan
- Q – Penyelidik
- S – Sosial
- U – Perubatan dan Kesihatan
- W – Kewangan
- X – Maritim