Secara asasnya, format peperiksaan online SPA dibahagikan kepada 3 Seksyen utama iaitu :
- Seksyen A : (Pengetahuan AM)
- Seksyen B : (Daya Menyelesaikan Masalah)
- Seksyen C :(Kefahaman Bahasa inggeris)
Seksyen A Pengetahuan AM
Pengetahuan Am ini adalah bertujuan untuk menguji pengetahuan calon terhadap perkara-perkara yang berlaku di dunia pada amnya dan isu-isu mutakhir di Malaysia secara khusus.
Antara topik besar yang sering disoal dalam seksyen Pengetahuan Am adalah berkaitan dengan isu-isu semasa, hal ehwal politik, dasar-dasar awam pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber kewangan, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, serta keselamatan negara.
Seksyen B Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah adalah bertujuan menguji dan mengukur kebolehan calon dari aspek Numerical Reasoning, seperti yang telah dijelaskan oleh Bahagian Pengambil SPA.
Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan dan kebolehan calon dalam menggunakan logik, interprestasi data dan penggunaan angka.
Seksyen C Kefahaman Bahasa Inggeris
Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris akan menguji calon tentang pemahaman keseluruhan esei. Calon perlu membaca esei, melihat keseluruhan idea esei tersebut dan mula menjawab soalan objektif yang menguji kefahaman calon.
Bagi pecahan pengertian dan kefahaman esei Bahasa Inggeris, calon dibekalkan dengan sebuah petikan Bahasa Inggeris dan diberikan pilihan jawapan.
Petikan tersebut mungkin pendek dan mungkin panjang. Bilangan soalan ditanya antara 5-10 soalan bagi menguji kefahaman calon tentang petikan yang diberikan.
Dalam pecahan kedua, ia boleh menguji calon tentang tatabahasa iaitu penggunaan Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan lain-lain.
Kesimpulan
Dapatkan contoh set soalan SPA terkini di laman web kami iaitu soalanspa.com. Kami menyediakan platform menjawab soalan secara online persis seperti format peperiksaan online SPA yang sebenar!