Apa Itu Ujian Psikometrik?

Table of Contents

Ujian Psikometrik adalah salah satu dari kaedah yang digunakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) untuk menapis semua calon yang ingin memasuki bidang perkhidmatan awam.

Ujian ini diwajibkan kepada semua calon sebelum dipanggil ke sesi temuduga kerja dan merupakan sebahagian daripada sistem peperiksaan online SPA.

Tiada format yang tetap untuk soalan dan jawapan Ujian Psikometrik ini. Tetapi calon-calon akan diberikan beberapa pilihan jawapan berbentuk objektif.

Manakala pilihan jawapan mula dalam bentuk semudah 2 pilihan jawapan, 3 pilihan jawapan, 4 pilihan jawapan ataupun 5 pilihan jawapan.

  • Ya atau tidak
  • Betul atau Salah
  • Ya, Tidak, Atau Tidak Pasti
  • Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak Setuju Atau Sangat Tidak Setuju
  • Dan lain-lain

Apa Perkara Yang Dinilai Dalam Ujian Psikometrik ?

Terdapat pelbagai perkara tentang diri anda yang boleh dinilai melalui Ujian Psikometrik. Penilaian ini penting bagi memastikan hanya calon yang benar-benar layak sahaja diambil untuk berkhidmat dalam sektor awam.

Di bawah ini diberikan perkara-perkara penting yang dinilai:

  • Integriti
  • Disiplin
  • Cara berfikir
  • Emosi
  • Kepimpinan
  • Tingkah laku
  • Kerjasama
  • Kebolehan sosial
  • Komunikasi
  • Toleransi
  • Dan lain-lain

Penting

Jika anda diminta untuk menjawab ujian psikometrik anda pada tarikh dan masa yang ditetapkan, pastikan anda menjawab ujian psikometrik anda pada tarikh dan masa yang ditetapkan sahaja.

Untuk menjawab soalan ujian psikometrik anda perlu layari website  www.soalanspa.com untuk info lebih lanjut.

Penutup

Kami harap artikel ini membantu menjawab persoalan yang dihadapi oleh calon yang bakal menghadapi peperiksaan online SPA terutama sekali bagi mereka yang akan menjawab seksyen soalan Ujian Psikometrik.

Dapatkan Akses 20 Soalan Ujian Psikometrik Versi Terbaru Sekarang!